Wednesday, November 18, 2009

SALAM UKHWAH

Surau Ar-Rahman Parit Kepong Telok Rimba Ledang Johor merupakan sebuah surau yang terletak di Mukim Kundang DUN Serom LOT PTD :PTD 3982/KUNDANG. Berkeluasan kira-kira 0.25 ekar dengan kos pembinaan kira-kira RM60000 yang siap pembinaannya pada tahun 2001. Surau ini boleh memuatkan kira-kira 80 orang jamaah dalam satu masa.

Antara keistimewaan surau ini adalah keunikannya yang masih mengekalkan tradisi masyarakat Jawa seperti nasi ambang, kentong-kentong dan marhaban versi lama. Selain itu surau ini mentiasa menyambut peristiwa penting dalam Islam seperti Awal Muharam,Israq Makraj dan more semasa Ramadhan.
Inilah surau yang ada pasukan pengali liang lahat/kubur yang melibatkan golongan veteran dan belia.lokasinya yang berada di simpang 4 menjadikan ia sentiasa disinggahi musafir yang berurus niaga dengan masyarakat kampung.
Berjemaah di surau ini akan memberi seribu kenangan kerana jemaah kariah ini sentiasa mesra dan tidak lekang dengan senyuman.
Tidak hairanlah jika ia menjadi johan dalan pertandingan surau cemerlang daerah Ledang dan akan mewakili Ledang dalam Anugerah surau Cemerlang negeri Johor pada 23 Nov 2009 nanti.
Kunjungilah kami ....... anda pasti dapat rasai kelainannya.

No comments:

Post a Comment